Ringkasan album Ala_Dondang

Ala Dondang diilhamkan dengan hasrat agar dapat mengembalikan khazanah muzik tradisional yang menjadi warisan pusaka turun temurun untuk generasi masa kini menikmatnya menerusi album ini. Penghasilan album ini adalah merupakan koleksi lagu-lagu tradisional yang sering mengingatkan kita betapa kayanya keaslian budaya dan pusaka yang tiada ternilai. Melalui sentuhan dan gubahan muzik yang diberikan nafas baru bersesuaian dengan peredaran masa kini serta ilham rasa oleh penulis lirik dan pencipta maka lahirlah album Ala Dondang ini. Noraniza telah bekerjasama dengan ramai komposer untuk penghasilan lagu-lagu di dalam album ini antaranya Anak Sarawak, Khalil Sharif, Pak Ngah, Rahim Jantan dan Hairul Anuar Harun.